Top 10 Article To Read !

Perkara Asas Dalam Islam


Setiap kali saya mengungkitkan perkara atau hal ini, mesti ada yang tertanya-tanya, asas apa tu? ala..senang aje...memang setiap kali akan ada perkataan itu disebut dalam mulut setiap kawan kita yang menganggap dirinya sudah tahu. Tetapi apabila ditanya rukun islam ada berapa? Jawapan yang diberikan pun masih lagi merangkak-rangkak atau masih lagi tidak tahu.

Sebenarnya kita semua sebagai umat islam tidak sepatutnya bangga dengan keislaman kita sedangkan kita masih lagi terperuk dan masih lagi jahil dalam ilmu agama. Harap sahaja orang islam, tetapi apabila ditanya tentang apa itu pengertian Islam, masing-masing tidak tahu untuk menghuraikannya.

Apa itu pengertian Iman? Apa itu rukun Solat? Rukun solat ada berapa semuanya? Bagaimana menguruskan jenazah? Bagaimana mandi hadas atau mandi wajib? Bagaimana melakukan solat sunat? Boleh kita jawab soalan-soalan tadi? Cuba kita tulis jawapannya di kertas dan cuba kita baca semula. Apkah jawapan kita banyak yang positif atau banyak yang negatif?

Jadi kita dapat melihat kemampuan diri kita sendiri, adakah kita sebagai seorang yang bergelar islam tidak tahu apa itu asas-asas tentang Islam. MasyaAllah, rugi sungguh diri kita ini yang bergelar islam, sedangkan orang bukan islam tahu apa itu pengertian islam. Sehinggakan ada yang terus tertarik dengan islam dan terus memeluk agama Islam dengan izin Allah.

Hidayah hanya pada Allah swt, Dia sahaja yang berhak memberikan hidayah kepada sesiapa sahaja. Adakah kita termasuk dalam golongan yang tidak mendapat petunjuk hidayah dari-Nya? Subhanallah...marilah kita sama-sama berdoa moga Allah memberikan kita petunjuk hidayah-Nya sehingga kita meninggalkan dunia kelak.

Barakallahumma!


Luv
Mohd Johaizad Jamin

IKLAN