Facebook!

Apa itu facebook?

Apa itu facebook?
Semua orang di seluruh dunia tentu mengetahui apa itu facebook. Laman sosial untuk berehat selepas penat bekerja. Ianya tidak dikhaskan kepada sesuatu individu tetapi laman sosisal ini adalah untuk semua orang tidak kira usia, tua, muda, kanak-kanak, rata-ratanya semua mempunyai akaun facebook.
Tidak sah sekiranya tidak mempunyai akaun facebook pada masa zaman yang serba moden ini, malah ada yang menganggap 'kolot' sekiranya tidak mempunyai akaun facebook. Adakah betul tanggapan seperti itu? Tepuk dada tanya selera/iman anda.
Facebook ada kebaikan dan ada keburukan, kebaikan di facebook banyak, contohnya adalah seperti dengan ber facebook kita boleh berhubung semula dengan kenalan-kenalan lama semasa di sekolah rendah/menengah, pengajian tinggi dan rakan-rakan yang terdekat di kawasan tempat kita berada.
Malah dengan facebook juga mempunya aplikasi-aplikasi yang boleh membuatkan kita untuk menubuhkan satu kumpulan yang kita sendiri boleh tubuhkan untuk kelab-kelab kita, disitu boleh lakukan perbincangan dan masalah dengan hanya online dari rumah sahaja.
Dan banyak lagi kebaikan yang terdapat di facebook, tetapi yang paling menyedihkan sekali adalah keburukan yang terdapat pada laman sosial itu, antara keburukan ber facebook ini adalah dengan ber facebook boleh menyebabkan kita leka dengannya sehingga kita sebagai umat islam mengabaikan waktu solat fardhu dengan begitu sahaja. MasyaAllah...Adakah itu yang kita mahu?
Wahai saudaraku, ber facebook boleh, asalkan kita tahu untuk mengendalikannya, terdapat bermacam-macam keburukan yang terdapat didalam laman sosial itu. Sekiranya kita salah gunakannya, kita akan hanyut dan terus menerus hanyut dengan 'chatting', bermain aplikasi game, dan sebagainya.
Disini, marilah sama-sama kita bermuhasabah diri kita, adakah kita akan berjaya sekiranya laman sosial ini menjadi 'kerja' kita 24 jam? Sekiranya ada, itu adalah pekerjaan yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan tawakkal. semoga kita sama-sama renung-renungkan.
Wassalam...
Luv
Mohd Johaizad Jamin
