
Top 10 Article To Read !
-
(10) Greg Tseng and Johann Schleier-Smith Umur: 28 tahun Projek: Tagged Kekayaan: $45 million (7 Million modal disumbangkan oleh pelbagai pe...
-
Pengenalan Artikel ini memaparkan 9 sifat, ciri-ciri serta jati diri (keperibadian atau identiti diri) pekerja cemerlang yang diadun berdasa...
-
Selalu kita disajikan dengan kekayaan Sultan Brunei serta kekayaan orang Barat. Jarang sekali kita mendengar kisah kekayaan dari orang Arab...
-
1. Semakin Tercabar, Semakin Kuat Seseorang yang positif berperibadi kuat seumpama besi waja; semakin dibakar oleh keadaan, semakin menghada...
-
TAN SRI SYED MOKHTAR AL BUKHARY TAN SRI SYED -Umur - 53 tahun -Pendidikan - SPM -Mula berniaga - 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau) -Keka...
-
Dunia barat menganggap apa saja perbuatan yang dilakukan oleh pasangan suami isteri semasa melakukan persetubuhan adalah normal dan baik sek...
-
Setiap kali saya mengungkitkan perkara atau hal ini, mesti ada yang tertanya-tanya, asas apa tu? ala..senang aje...memang setiap kali akan ...
-
"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa b...
-
Perdana Menteri – RM 22,826.65 sebulan Timbalan Perdana Menteri – RM 18,168.15 sebulan Menteri-Menteri Kabinet – RM 14,907.20 sebulan. Ti...
-
Biodata Carlos Slim Helu Born : January 28, 1940 (1940-01-28) (age 70)Mexico City, Mexico Nationality : Mexican Ethnicity : Mexican-Lebanes ...
20 Tokoh Terkaya di Dunia 2010: Forbes

Kualiti-Kualiti & Jati Diri Pekerja Cemerlang (A. B. C. D. E. F. G. H. I.)
Pelengkap akses telekomunikasi
![]() |
Spesifikasi Samsung Wave 575 : Rangkaian HSDPA 3.6 megabit sesaat (Mbps). Paparan skrin LCD TFT 3.2 inci. Kamera tiga megapiksel dengan perisian Photo Editor. Permainan muzik SoundAlive dengan sambungan set kepala 3.5 milimeter (mm). Penalaan radio FM. Sambungan Bluetooth, USB 2.0, Mikro USB dan Wi-Fi 802.11 b/g/n. Memori binaan dalam 100 megabit (MB) dengan sokongan kad memori microSD sehingga 16 gigabit (GB). Saiz: 109.5 x 55 x 11.9 milimeter. lBerat: 100 gram (g). Spesifikasi tambahan: Integrasi pengurusan mesej Social Hub, perisian TouchWiz 3.0, Samsung Apps, Sensor Accelerometer dan RSS Reader. |
PENGHUJUNG tahun 2009 menyaksikan syarikat media digital terkenal, Samsung Electronics Co. Ltd. mencipta sistem operasi terbuka untuk diintegrasikan bersama rangkaian telefon bimbit keluaran mereka.
Dikenali sebagai Samsung bada, pembangunan platform itu bermatlamat menyediakan aplikasi dan pengalaman telekomunikasi terbaik kepada para pengguna.
Produk selular pertama yang menggunakan sistem operasi tersebut adalah model Samsung Wave S8500.
Meneruskan kecemerlangan legasi teknologi itu, Samsung baru-baru ini memperkenalkan pula model Samsung Wave 575 dengan keupayaan platform yang sama.
Ia hadir bersama pacuan teknologi mobiliti pintar dan efisien dalam usaha memastikan pengguna sentiasa berhubung dengan sesiapa dan di mana sahaja.
Bagi tujuan tersebut, Samsung Wave 575 telah tersedia bersama perisian seperti Facebook dan Twitter supaya pengguna boleh mengaksesnya terus daripada skrin utama.
Tidak cukup dengan itu, ia turut disempurnakan bersama teknologi Samsung Social Hub untuk integrasi senarai kontak bersama e-mel, mesej pantas (IM) dan juga rangkaian sosial.
Melalui aplikasi Ultimate Box pula, pengguna boleh mengurus serta mengemaskini kesemua mesej dan e-mel mereka secara serentak.
Bagi memberi pilihan aplikasi untuk dimuat turun, pengguna Samsung Wave 575 ditawarkan dengan platform Samsung Apps untuk capaian sama ada melalui peranti telefon bimbit itu sendiri atau komputer.
Antara aplikasi yang ditawarkan adalah seperti permainan video, navigasi perjalanan, buku elektronik, maklumat kesihatan dan juga gaya hidup.
Dari segi binaan luarnya, Samsung Wave 575 mempunyai reka bentuk yang unik, nipis dan berkualiti.
Kelebihan lainnya pula ditampilkan menerusi sokongan sambungan Wi-Fi berkelajuan tinggi, sistem penentu kedudukan global (GPS) dan capaian informasi kedudukan geografi melalui Google Latitude.
Untuk keupayaan multimedia, model ini didatangkan bersama kamera tiga megapiksel, rakaman dan permainan video serta platform pelayaran web Dolfin.
Dengan segala kelebihan itu, Samsung Wave 575 kini boleh diperolehi daripada pengedar yang sah dengan tawaran harga RM729.
Maklumat dan spesifikasi lengkap mengenainya, sila layari laman web www.samsungmobile.com.my.
Saya bukan pengkhianat - Torres
![]() |
PENYOKONG Liverpool yang berang menulis kata-kata kesat di tingkap kedai cenderahati Liverpool di utara England kelmarin. Torres menyertai Chelsea, Isnin lalu dan ia menimbulkan kemarahan peminat kelab. - Reuters |
LONDON - Fernando Torres menegaskan, dia bukan pengkhianat selepas dituduh sebagai membelot Liverpool ekoran perpindahan bernilai 50 juta pound (RM245.17 juta) ke Chelsea.
Torres bersedia membuat penampilan penuh emosi apabila menyarung jersi Chelsea buat kali pertama dalam pertemuan menentang bekas pasukannya di Stamford Bridge hari ini, iaitu kurang seminggu selepas dia meninggalkan Anfield dalam cara kurang menyenangkan.
Pengurus Liverpool, Kenny Dalglish mengakui kecewa kerana Torres pergi pada masa yang tidak kena. Bintang Sepanyol itu mengesahkan pemergiannya beberapa jam sebelum pasaran perpindahan pemain ditutup.
Torres, yang beraksi di bawah keupayaan sebenar dalam sebahagian besar musim ini memohon untuk meninggalkan Liverpool sebaik mengetahui dia menjadi perhatian Chelsea, dan tindakannya menimbulkan kemarahan peminat Reds serta bekas pemain-pemain kelab itu yang mendakwa dia sengaja tidak bermain baik sejak beberapa bulan ini dengan harapan dapat dibebaskan.
Penyerang berusia 26 tahun itu bagaimanapun menafikan segala tuduhan yang didakwa tidak berasas, sebaliknya menegaskan, dia sentiasa menunjukkan dedikasi tinggi sepanjang bersama Liverpool dan menyelar semua pihak yang mengkritik tindakannya meninggalkan Anfield.
"Saya rasa ia tidak adil dan tidak masuk akal. Saya bermain dalam tiga musim yang bagus dan menjaringkan banyak gol. Saya faham ini situasi yang sukar, terutama dalam pasaran perpindahan tetapi saya kena fikirkan tentang karier saya.
"Semua orang akan melihatnya sebagai satu langkah ke hadapan. Saya tahu perancangan masa depan Chelsea, cita-cita besar mereka dan ada apa yang mahu mereka capai.
"Mereka mahu membina sebuah pasukan hebat dan bersaing dengan pasukan terbaik seperti Manchester United dan Manchester City untuk menjadi antara kelab terbaik England, selain memburu Liga Juara-Juara.
"Apabila saya berumur 45 tahun nanti, saya akan lihat kembali masa lampau saya dan berkata, saya gembira kerana telah mengecapi kejuaraan.
"Saya menyuarakan perasaan saya dan jujur kepada semua orang. Saya tidak berdolak dalik, saya berterus terang dan perkara paling penting adalah jujur dan adil.
"Hakikatnya mereka (Liverpool) tidak mahu saya pergi, mereka cuba memujuk saya agar kekal, tetapi saya beritahu mereka bahawa saya telah membuat keputusan,'' kata Torres.
Sepanjang tiga setengah tahun di Liverpool, Torres telah membentuk kesetiaan di kalangan penyokong Reds dengan menegaskan bahawa dia tidak akan beraksi buat mana-mana kelab Liga Perdana England yang lain.
Ikrar tersebut bagaimanapun mula pudar apabila Liverpool bergelut dengan prestasi dan pada masa yang sama Chelsea pula memancingnya, namun Torres tetap menegaskan bahawa dia tidak meninggalkan kelab ketika ia dalam kesusahan.
Sebaliknya, dia berasakan Liverpool tidak begitu bercita-cita tinggi, dan apa yang menguatkan tanggapannya adalah apabila kelab tersebut melepaskan Xabi Alonso dan Javier Mascherano, menyebabkan mereka terumbang ambing sejak 18 bulan lalu.
"Saya tidak akan mencium lencana Liverpool. Ketika saya dilahirkan di Madrid, saya bukanlah peminat Liverpool atau Chelsea. Saya adalah peminat Atletico, mungkin ia (Atletico) satu-satunya lencana yang akan saya cium.
"Apabila anda mempunyai peluang untuk beraksi buat kelab yang mampu memenangi Liga Juara-Juara dan Liga Perdana , selain bersaing dengan pasukan terbaik lain, maka anda tidak boleh melepaskan peluang itu,'' tegas Torres lagi.
Bagi penyokong Liverpool, kehilangan Torres sebenarnya lebih kepada melukakan hati mereka dan bukan membimbangkan seandainya penyerang Uruguay, Luis Suarez mampu meneruskan prestasi baiknya dengan menjaringkan gol pertama dalam penampilan sulung bersama skuad Reds ketika kelab itu mengalahkan Stoke City 2-0, Rabu lalu.
Ketika ini, Suarez memikul beban yang besar sebagai pengganti Torres, namun bebanannya akan berkurangan dalam beberapa minggu apabila seorang lagi penyerang baru Reds, Andy Carroll yang dibeli dengan harga 35 juta pound (RM171.57 juta) dari Newcastle sedia beraksi selepas pulih daripada kecederaan. - AFP
Mukaddimah
HAMPIR saban hari, orang ramai pasti didedahkan tentang kehilangan remaja khususnya mereka yang berusia di bawah 18 tahun mahu pun kanak-kanak di media massa.
Pelbagai faktor dikatakan menjadi punca sama ada berkaitan sindiket pemerdagangan manusia, ikut kekasih, merajuk, ingin bebas, terkongkong, tidak ingin sekolah, didera, dirogol dan tidak kurang kerana ibu atau bapa kahwin lain.
Hakikatnya, tanpa mengambil kira faktor jenayah iaitu culik, secara purata empat remaja berusia bawah 18 tahun dan kanak-kanak di negara ini hilang setiap hari, tahun lalu.
Apakah punca golongan itu hilang dan sehingga kini gagal dikesan? Di manakah mereka? Jika masih hidup, adakah masih di dalam negara?
Justeru, wartawan Sharilfuddin Saari dan Wan Noor Hayati Wan Alias mengupas perkara itu dari sudut siasatan polis, statistik, kajian akademik dan temu bual bersama golongan berkenaan.
KUALA LUMPUR 5 Feb. - Sedar atau tidak, kehilangan kanak-kanak dan remaja ketika ini adalah sesuatu perkara yang dibimbangi pihak berkuasa khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Bayangkan mengikut statistik, seramai 1,383 kanak-kanak dan remaja berusia 18 tahun ke bawah hilang dan gagal ditemui sejak dua tahun lalu.
Ini bermakna, sekiranya diambil secara purata, seramai empat kanak-kanak atau remaja akan hilang daripada jagaan keluarganya setiap hari.
Daripada jumlah itu, seramai 1,504 orang atau 85 peratus berusia 14 hingga 17 tahun diikuti 10 hingga 13 tahun (155 orang atau 12 peratus) dan sembilan tahun ke bawah (47 orang atau 2.7 peratus).
Bahagian Siasatan Seksual, Penderaan dan Kanak-Kanak (D11) Bukit Aman mendedahkan ada beberapa faktor mendorong kehilangan golongan itu.
Paling tinggi disebabkan dipengaruhi rakan iaitu 621 orang diikuti mengikut kekasih (597 orang) dan cari kebebasan di luar rumah (474 orang).
Selain itu, punca perselisihan faham dengan keluarga (260 orang), tidak minat belajar (92 orang), dilarikan ibu bapa sendiri (53 orang) dan kurang perhatian keluarga (33 orang).
Bimbang dengan trend tersebut, kerajaan meluluskan Pelan Tindakan Perlindungan Negara memastikan golongan itu mendapat perlindungan daripada pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi pada 29 Julai 2009.
Pasukan petugas khas turut diwujudkan dengan penglibatan 11 agensi termasuk kerajaan, persatuan hotel, bank-bank, PDRM, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Kementerian Penerangan, Kesenian dan Kebudayaan dan Kementerian Dalam Negeri.
Awas agen perosak hormon
![]() |
BAHAN yang terkandung di dalam pencuci pakaian, racun serangga turut mengandung agen perosak hormon.- Gambar hiasan |
PERTUNANGAN MENGIKUT SYARIAT ISLAM
Ulama Injil Masuk Islam
Video Bahagian (1) |
Video Bahagian (2) |
7 Ciri Cemerlang Orang (Pemimpin / Usahawan) yang Positif (Berjaya)
7. Sentiasa Bangun Apabila Terjatuh
Kiamat besar & Kiamat Kecil Datang Tiba-tiba
Kiamat besar disebutkan oleh Allah akan datang secara tiba-tiba, tanpa dapat diramal secara tepat oleh manusia. Nabi Muhammad hanya diberikan oleh Allah ilmu berkenaan tanda-tanda hampirnya sahaja. Tiada siapa yang mampu meneka tarikh tepatnya, sama ada tahun atau bulannya.
Sesiapa yang cuba mengira-ngira sama ada berdasarkan jumlah dan ayat al-Quran dan sebagainya, ia sebenarnya sedang melakukan kekarutan dan menyeleweng dari jalan yang benar.
فَهَلْ يَنظُرُونَ إِلَّا السَّاعَةَ أَن تَأْتِيَهُم بَغْتَةً فَقَدْ جَاء أَشْرَاطُهَا فَأَنَّى لَهُمْ إِذَا جَاءتْهُمْ ذِكْرَاهُمْ
Ertinya : Maka tidaklah yang mereka tunggu-tunggu melainkan hari kiamat (iaitu) kedatangannya kepada mereka dengan tiba-tiba, kerana sesungguhnya telah datang tanda-tandanya. Maka apakah faedahnya bagi mereka kesedaran mereka itu apabila hari kiamat sudah datang? ( Surah Muhammad : 18)
Itu perihal kiamat besar, namun disampingnya ada kiamat kecil, iaitu kematian yang sentiasa basah di bibir Rasulullah mengingatkan umat dan sahabatnya. Kiamat kecil ini juga kerap datang secara tiba-tiba, sehingga kata orang ia datang "tanpa seorang itu mampu atau sempat bersedia".
Hakikatnya itu tidak benar, sebenarnya Allah mendatangkan kematian setelah kita semua diberikan masa dan infra secukupnya untuk bersedia. Cuma kita yang terlalu lalai dan terhijab dek kerana kecantikan dan kenikmatan sementara yang wujud di atas dunia ini.
Saya suka berkongsi tiga video melalui entry ini. Satu darinya telah saya kongsikan di facebook saya, namun bagi meluaskan lagi jangkauan kebaikan yang boleh diperolehi dari video ini, saya muatkan ia di web ini. Sebuah video yang saya tonton berkali-kali, dan sebuah video yang mampu mengalirkan air mata.
Video ini memperlihatkan seorang yang dijemput kematian ketika betul-betul sesudah solat. Betapa kita tidak dapat menjangka bila nyawa akan ditarik. Setiap organ yang berfungsi di dalam tubuh kita adalah dengan izin dan kuasa Allah, kita tidak mampu mengawalnya. Kita tidak tahu, bila tiba-tiba ia jammed. Terhentinya ia beberapa minit cukup untuk menamatkan umur kita di atas dunia. Ia bukan seperti enjin kereta yang boleh ditangguh-tangguh untuk memulihkannya.
Video Satu
Kekaguman saya kepada individu ini bertambah apabila keadaan kematian yang begitu baik ( pada hari Jumaat 1 Jan 2010 adalah hari Jumaat dan beliau datang awal ke masjid) di sebarluaskan oleh ramai, malah dengan izin Allah, mampu menyedarkan dan menginsafkan ramai yang menontonnya. Ketika itu, terfikir bahawa kematiannya juga adalah sebuah dakwah yang hebat.
Setiap aliran darah, denyutan jantung, fungsinya hati, usus dan sebagainya, semua dikawal oleh kuasa Allah ta'ala. Bukan hanya apa yang di dalam tubuh malah juga semua yang diluarnya, Lihat video ini bagaimana secara tiba-tiba tiang boleh jatuh dan menimpa pejalan kaki.
Video Dua
Mungkin ada yang terfikir, seorang ahli sukan yang ‘fit' cergas dan sihat, mungkin tidak akan menerima serangan jantung, namun cuba lihat apa yang terjadi kepada pemain bolasepak Hungary ini . Selepas memberikan senyuman kepada pengadil yang memberikannya kad kuning dan terus...
Video Tiga
LUPA
Ramai yang terlupa di akhirat sana, nikmat yang maha besar sedang menunggu bagi sesiapa yang bersedia dan sentiasa menambah persediaan dan bekalannya. Nikmat Syurga tidak mampu sama sekali digambar, sebagaimana pereka cipta kereta Ford di awal rekaannya tidak akan mampu sama sekali terbayang kereta Ferrari di zaman ini. Jika diandaikan seorang dari kita tiba-tiba melayang ke masa silam dan cuba menerangkan perihal bentuk dan enjin Ferrari, bentuk dan fungsi i-phone dan i-pad ,tentunya tiada siapa yang berada di zaman itu boleh membayangkannya.
Begitulah kenikmatan akhirat yang disebut oleh Nabi dari Allah ta'ala :
أعددت لعبادي الصالحين ما لا عين رأت ، ولا أذن سمعت ، ولا خَطَرَ على قلب بشر
Ertinya : Aku menyediakan bagi hambaku yang soleh (syurga) yang tiada mata yang telah pernah melihatnya (tidak mampu tergambar), dan tidak pernah didengari (kenikmatannya) oleh telinga dan tidak mampu terlintas (tahap kenikmatannya) oleh hati manusia. ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim)
Manakala dalam catatan Imam Ahmad
إنه من يدخل الجنة ينعم ولا يبأس، لا تبلى ثيابه، ولا يفنى شبابه، في الجنة ما لا عين رأت، ولا أذن سمعت، ولا خطر على قلب بشر
Ertinya: Sesungguhnya sesiapa yang memasuki Syurga Allah akan dikurniakan nikmat yang tidak akan jemu, tidak binasa pakaiannya, tidak hilang kepemudaan/pemudiannya, apa yang di dalam Syurga, sesuatu yang mata tidak mampu tergambarnya, dan tidak pernah didengari (kenikmatannya) oleh telinga dan tidak mampu terlintas (tahap kenikmatannya) oleh hati manusia. (Riwayat Ahmad)
Para ulama menghuraikan, perihal Nabi Adam yang pernah mendiami Syurga tidak sama sekali bertembung dengan hadis ini kerana syurga itu sentiasa berubah-ubah nikmatnya dan tidak akan sama sekali membosankan. Luasnya tidak tercapai oleh bayangan aqal manusia. Menurut hadis, individu yang menerima syurga paling terbawah pun besarnya adalah beberapa kali ganda dunia hari ini, apatah lagi yang lainnya. Justeru itu, apa yang dilihat oleh nabi Adam, dengan mudah sekali bagi Allah mengubahkan kepada apa yang dikehendakiNya.
Akhirnya sekali, ingatlah pesan dan teguran Imam Hasan Al-basri:
ما رأيت يقينًا لا شك فيه أشبه من شك لا يقين فيه من الموت
Ertinya : Tidaklah aku melihat satu perkara yang amat pasti (yakin) serta tiada keraguan padanya akan datang tetapi diperlakukan seperti suatu perkara yang tidak pasti hadirnya, (seolah tidak yakin kewujudannya) lebih dari perihal kematian.
Sama-samalah kita berdoa agar sewaktu nyawa kita ditarik kita berada di dalam keadaan yang baik di sisi manusia, amat baik di sisi Allah. Janganlah dimatikan kita sewaktu terlanjur melakukan maksiat.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman